Terima kasih, cikgu. Masihkah ada rasa kasih buat cikgu? Sejauh manakah rasa kasih itu dijelmakan?
01.12.1992, daku bergelar insan guru secara rasmi. Pelbagai peristiwa pahit getir dilalui. Suka, duka, tangis dan tawa. Malahan bertemu cinta hati dalam aliran yang sama. Syukurku padaMu ya ALLAH.
Bermula dengan gaji pokok RM592 sehingga sekarang melebihi 10 kali ganda. Rezeki yang ALLAH limpahkan biar pun tidak semewah mana namun masih mampu memiliki rumah dan kenderaan sendiri juga menunaikan haji di Tanah Suci. Kenikmatan apakah lagi yang mahu kudustakan?
Terima kasih, cikgu. Terima kasih atas jasa kalian sehingga aku juga kini bergelar insan guru. Semoga diberi kesejahteraan dan kesihatan buat semua guru sama ada yang masih berkhidmat mahu pun yang telah lama meninggalkan bidang perguruan. Sekali guru, selama2nya guru.
ALLAH, berkatilah hidup para guru. Cucurilah rahmat ke atas roh para guru yang terlebih dahulu mendahului kami berada di sisi Mu. Amin amin amin ya Rabbal aalamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan