Terima Kasih Ya Allah kerana meletakkan aku di tempat yang mulia ini. Ya Allah, muliakan diriku dan teman-teman pendidikku. Lapangkan dada kami dalam menerima setiap ujianMu. Jadikanlah kami pendidik yang amanah dalam memikul tanggungjawabMu. Permudahkanlah segala urusan kami dalam mendidik anak-anak bangsa.
Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dosa guru-guru kami, dosa kedua ibu bapa kami. Jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur atas nikmat kurniaanMu, taat dan patuh akan segala perintahMu. Jauhilah kami daripada segala perbuatan yang keji dan mungkar. Lindungilah kami di dunia dan di akhirat. Amiiinn Amiinn Amiinn Ya Rabbal alamin. SELAMAT HARI GURU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan