Isnin, 23 Mei 2016

Doa

GARIS PANDUAN TATACARA MEMBACA DOA DI MAJLIS-MAJLIS
RASMI DAN SEPARUH RASMI KERAJAAN
1.  TUJUAN
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada pihak-pihak yang
terlibat  menganjurkan  sesuatu  Majlis  Rasmi  dan  Majlis  Separuh  Rasmi
yang melibatkan bacaan doa.
2.  PENDAHULUAN
Doa  adalah  satu  ibadat.  Ia  merupakan  satu  tanda  kerendahan  hamba
terhadap  Allah  S.W.T.  Ia  boleh  dilakukan  secara  individu  atau
berkumpulan.  Sesuatu  doa  itu  hendaklah  dilakukan  dengan  ikhlas,
khusyuk,  tertib  penuh  tawadu’  dan  mesti  dilakukan  dengan  cara  yang
sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan
sebagai  satu  budaya  atau  adat.  Doa  merupakan  satu  cara  hidup  yang
diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Sebagai  satu  ibadah,  doa  hendaklah  dilakukan  di  tempat  yang  betul,
masa yang sesuai dan suasana yang baik. Garis Panduan doa ini adalah
bagi bacaan doa secara berkumpulan atau beramai-ramai yang dilakukan
dalam  mana-mana  majlis  atau  upacara  rasmi  atau  separuh  rasmi  di
negara ini.
3.  RASIONAL
Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan bahawa agama
Islam  adalah  Agama  Bagi  Persekutuan.  Oleh  itu  amalan  membaca  doa
dalam  Majlis-majlis  Rasmi  dan  Separuh  Rasmi  Kerajaan  adalah  suatu
amalan  yang  suci  dan  murni  sesuai  dengan  kedudukan  agama  Islam  di
negara ini
4.  TAKRIF
4.1.  MAJLIS RASMI
Majlis  Rasmi  adalah  suatu  majlis  yang  dianjurkan  oleh  Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
4.2.  MAJLIS SEPARUH RASMI
Majlis  Separuh  Rasmi  adalah  majlis  yang  dianjurkan  selain  dari
kerajaan tetapi dihadiri oleh para pembesar atau pemimpin negara,
sama ada di peringkat negeri atau persekutuan (negara).
4.3  DOA
Doa  ialah  satu  ucapan  permohonan  iaitu  memohon  dari  hamba
(manusia)  kepada  Allah  dengan  hati  yang  ikhlas  bagi  mendapat
rahmat,  inayah  (pertolongan)  dan  juga  bagi  dijauhkan  dari  bala’
bencana dengan cara dan adab yang tertentu.
5.  TARAF PEMBACA DOA
5.1  Pembaca  doa  bagi  majlis  di  peringkat  persekutuan  yang  dihadiri
oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, doa hendaklah
dibaca oleh  Sahibus  Samahah  Mufti  Wilayah  Persekutuan  atau
Timbalan Mufti.
5.2 Pembaca doa bagi majlis di peringkat negeri yang dihadiri oleh Duli
Yang Maha Mulia Sultan atau Raja, doa hendaklah dibaca oleh
Sahibus Samahah Mufti Negeri atau Timbalan Mufti atau amalan
yang biasa diguna pakai oleh negeri tersebut.
5.3  Bagi  majlis-majlis  lain,  pembaca  doa  boleh  dilantik  daripada
kalangan mereka yang layak, seperti mana dalam para 6 di bawah.
6.  KRITERIA PEMBACA DOA
6.1  Pembaca doa seelok-eloknya seoranglelaki dan beragama Islam,
boleh menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu dan
Arab dengan tepat, fasih dan betul.
6.2  Pembaca doa seboleh-bolehnya individu yang mempunyai akhlak
dan  sahksiah  yang  baik  yang  tidak  dipertikai  oleh pendengar dan
masyarakat.
6.3  Pembaca doa mestilah mengetahui kesesuaian doa yang dibaca
bagi satu-satu majlis yang diadakan.
7.  TATACARA DAN ADAB-ADAB MEMBACA DOA
7.1  Pembaca  doa  hendaklah  datang  ke  majlis  lebih  awal  sebelum
majlis dimulakan.
7.2  Pembaca  doa  hendaklah  mempastikan  dimana  tempat  bacaan
doa.
7.3  Sebelum  memulakan  doa,  pembaca  doa  hendaklah  memberi
tanda hormat kepada tetamu khas dan lain-lain tetamu yang hadir.
7.4  Pembaca doa hendaklah mengangkat tangan ketika berdoa.
7.5  Pembaca  doa  hendaklah  membaca  dengan  nada  suara  yang
sesuai  dengan  maksud  ayat  di  samping  suara  yang  jelas,  tidak
terlalu laju dan hendaklah dibaca dengan khusyuk serta tawadu’.
7.6  Tidak  digalakkan  pembaca  doa  membalikkan  tangan  taktala
memohon tolak bala’.
8.  PAKAIAN
Pembaca  doa  hendaklah  memakai  pakaian  yang  bersesuaian  dan  jika
memakai  pakaian  kebangsaan  hendaklah  lengkap  bersampin  dan
bersongkok.
9.  TEKS DOA
9.1  Mukaddimah Doa Dan Penutup
i.  Permulaan doa hendaklah mengandungi lafaz,


puji-pujian dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
ii.  Doa seelok-eloknya didahului dengan bacaan dalam
Bahasa Arab dan diikuti dengan doa dalam bahasa-bahasa
lain.
iii.  Pada bahagian akhir doa seelok-eloknya mengandungi
bacaan selawat dan Tahmiddalam Bahasa Arab.
9.2  Isi Kandungan Doa
i.  Teks doa hendaklah mengandungi permohonan untuk
keselamatan, kesejahteraan umum dan diikuti dengan
permohonan doa secara khusus sesuai dengan majlis
berkenaan.
ii.  Isi kandungan doa juga boleh diterjemah dalam Bahasa
Inggeris, Arab dan bahasa-bahasa lain, sesuai dengan
hadirin dan majlis tersebut.
iii.  Teks doa setiap perenggan sebaik-baiknya disebut namanama Allah (  ) dan sifat-sifat Allah sesuai
dengan perkara yang dipohon seperti (Yang Maha
Pemberi Rezeki) bagi doa untuk memohon rezeki.
iv.  Sekiranya majlis yang dianjurkan dihadiri oleh Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong
sama ada sebagai perasmi majlis atau jemputan khas,
pembaca doa hendaklah menyebut secara khusus doa
kesejahteraan yang ditujukan kepada Baginda sendiri
sebagai satu penghormatan kepada pemimpin agama Islam
paling tinggi dalam negara.
v.  Teks doa juga sewajarnya menyebut doa kesejahteraan
secara umum kepada pemimpin-pemimpin negara serta
ummah keseluruhannya.
vi.  Teks doa tidak perlu menyebut perkataan-perkataan yang
boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan
masyarakat dan negara.
9.3.  Masa Pembacaan Doa
i.  Masa berdoa bagi majlis rasmi atau separuh rasmi sebaikbaiknya pada permulaan majlis tersebut.
ii.  Tempoh masa untuk membaca doa tidak melebihi 5 minit.
9.4  Tempat Majlis Berdoa
i.  Hendaklah di tempat perhimpunan yang bertujuan untuk
kebaikan dan bersesuaian dengan ajaran Islam.
ii.  Tempat yang tidak mencemarkan kesucian agama Islam.
9.5  Tempat Pembaca Doa
i.  Penganjur hendaklah menyediakan tempat duduk yang
sesuai untuk pembaca doa.
ii.  Tempat bacaan doa hendaklah di atas pentas (jika ada
pentas).
10. PENUTUP
Buku Panduan Membaca Doa Dalam Majlis Rasmi Dan SeparuhRasmi
ini diharap dapat dijadikan rujukan panduan kepada pembaca-pembaca
doa khususnya dan penganjur program rasmi dan separuhrasmi amnya.
Buku ini juga dapat membantu dan membimbing kepada semua lapisan
masyarakat apabila berdoa mudah-mudahan ianya lebih berkualiti dan
seragam diseluruh Negara.
DOA DI MAJLIS-MAJLIS RASMI DAN SEPARUH RASMI
KERAJAAN
DOA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN
PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN


Segala  puji  bagi  Allah  Tuhan  sekalian  alam.  Selawat  dan  salam  ke  atas
junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.
Ya  Allah,  sesungguhnya  kami  bersyukur  kepada-Mu  kerana  memberi  nikmat
pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh  rakyat di negara ini.
Ya  Allah,  kekalkanlah   pembangunan  yang  telah  kami  laksanakan  sama  ada
yang berbentuk material atau spiritual . Martabatkanlah negara kami dan seluruh
rakyat  di  negara  kami.  Kami  bersyukur  kepada-Mu  ya  Allah  kerana  kemajuan
yang  kami  perolehi  adalah  hasil  dari  kemerdekaan  yang  telah  Engkau
anugerahkan kepada kami.
Sempena  Sambutan  Perayaan  Bulan  Kemerdekaan  ini,  kami  pohonkan  ehsan
dari-Mu ya Allah, agar Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan
dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami darisegala  keburukan dan
keaiban,   hindarkanlah  kami  dari  segala  rupa  bentuk  kemungkaran  dan
kemaksiatan.  Peliharalah  kami  dari  segala  bencana,  anugerahkanlah  kami
dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara
tercinta ini.
Ya Allah Tuhan yang menguasai sekalian alam,
Engkau  peliharalah  Malaysia  negara  kami  yang  kami  cintai ini.   Engkau
peliharalah  perpaduan  diantara  kami  demi  kepentingan  negara  Malaysia  yang
kami  kasihi.  Ya  Allah  kami  bersyukur  kepada-Mu  kerana  dapat  hidup  dalam
keadaan  aman,  damai,  harmoni,  percaya-mempercayai,  saling  hormatmenghormati serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran
negara kami sehingga ke hari ini.
Ya Allah ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Kami memohon restu dari-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi
bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini.

Engkau  kekalkanlah  kemerdekaan  ini  untuk  generasi  kami  dan  generasi  yang
akan  datang.  Engkau  kurniakanlah  kepada  kami  kekuatan,  semangat  dan
kesabaran yang tinggi untuk membentuk generasi baru yangboleh menghargai
dan mempertahankan kemerdekaan ini, agar perjuangan awal yang telah dirintis
oleh orang-orang terdahulu daripada kami tidak akan menjadi sia-sia.
Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, agar bangsa kamimenjadi bangsa yang
sihat,  berdisiplin,  bertoleransi,  pemurah,  peramah  dan hidup  di  kalangan
masyarakat berbilang kaum bagaikan satu keluarga.
Peliharalah  kemerdekaan  ini  ya  Allah,  supaya  hati  kami,  jiwa  kami  dan  minda
kami  sentiasa  berada  dalam  keimanan  yang  teguh  dan  dapat   memakmurkan
negara dan bangsa.

DOA MAJLIS PERASMIAN TILAWAH AL-QURAN



Ya Allah, sempena Majlis Tilawah al-Quran pada kali ini, kami menadah tangan
memohon rahmat dan keberkatan serta petunjuk al-Quran yang sentiasa Engkau
pelihara di bawah kebesaran dan keagungan-Mu. Berilahdan tunjukkanlah kami
jalan yang lurus dalam semua urusan hidup untuk kebahagiaan dunia dan juga
akhirat.

Ya Allah , yang bersifat sempurna dan penuh kemuliaan.Kami memohon ehsan
dari-Mu,  kurniakanlah  kepada  kami  nikmat  kestabilan,  kesejahteraan  dan
keselamatan.  Lindungilah  kami  dari  segala  keburukan  dan  keaiban.
Hindarkanlah  kami  dari  segala  rupa  bentuk  kemungkaran  dan  kemaksiatan.
Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang Engkau redhai buat selama-lamanya.

Ya Allah ya Tuhan kami, peliharalah negara kami Malaysia khasnya dan negara
Islam  di  seluruh  dunia  amnya  dari  keadaan  huru-hara  dan  segala  bentuk
ancaman.  Peliharalah  perpaduan  kami  rakyat  Malaysia  supaya  hidup  dalam
keadaan aman damai, selamat sejahtera dan taat setia kepada negara.


DOA PERPISAHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN



Sempena majlis perpisahan persaraan dan pertukaran pegawai dan kakitangan
yang  diraikan  pada  saat  ini  kami  menadah  tangan  memohon  kehadrat-Mu  ya
Allah agar mereka diberkati, dikurniakan rahmatdan nikmat yang berpanjangan ,
sihat walafiat yang berkekalan.

Kami  berdoa  ke  hadrat-Mu  ya  Allah  agar  mereka  dikurniakan  kekuatan  fizikal
dan mental untuk meneruskan kerja mereka dalam suasana berbeza serta dapat
menjalankan tugas-tugas mereka dengan jayanya.

Jadikanlah  kami  yang  masih  dalam  perkhidmatan  ini  agar  dapat meneruskan
tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan  masyarakat dan
negara serta dipelihara dalam pemuliharaan dan keredhaan-Mu.

Ya  Allah,  jadikanlah  perhimpunan  kami  ini  sebagai satu  perhimpunan  yang
dirahmati  dan  perpisahan  kami  pula  selepas  ini  sebagai  satu  perpisahan  yang
diberkati  dan  dilindungi.  Dan  janganlah  Engkau  jadikan pada  diri  kami  ini,  dan
mereka  yang  bersama  kami,  kebinasaan,  dan  menyingkirkan kami  dari
memperolehi rahmat.

DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH



Alhamdulillah,  dengan  penuh  khusyuk  dan  tawadu’  kami  bersyukur  di  atas
segala  nikmat  dan  rahmat  yang  telah  Engkau  kurniakan,  di  mana  dengannya
dapatlah  kami  berkumpul  pada  hari  yang  penuh  berkat   untuk  bersama-sama
meraikan majlis Maal Hijrah memperingati hijrah Rasulullah S.A.W.

Ya  Allah,  sesungguhnya  kami  percaya  dan  yakin  bahawa  hijrah  yang
diperintahkan  ke  atas  Rasul  kami   Nabi Muhammmad  S.A.W.  adalah  satu
perancangan-Mu  yang  kemas  dan  teratur,  demi  memperkukuhkan  kekuatan
untuk  menegakkan  hak   kebenaran,  keadilan,  kemakmuran,  keamanan  dan
kebahagiaan.

Sesungguhnya  hijrah  rasul-Mu  merupakan  peristiwa  agung  yang  kami  akan
hayati.  Ia  merupakan  ilham  perjuangan  umat  setiap  zaman,  mengajar  erti
perpaduan, kejayaan menyatukan yang bertelingkah.

Bersempena dengan perhimpunan yang kami adakan ini, kami memohon supaya
pengertian falsafah serta semangat hijrah akan dapat diteruskan. Sentiasa hidup
di  hati  sanubari  setiap  umat  termasuk  sikap,  watak  dan  perbuatan.  Ya  Allah,
gerakkanlah  hati,  amalan  dan  fikiran  kami  kearah  amalan  makruf.  Berhijrah
kepada  makruf,  berhijrah  dari  maksiat  kepada  taubat  dan  keinsafan.  Berhijrah
dari kekufuran nikmat kepada bersyukur. Berhijrah daripada malas kepada rajin
dan  sedia  berkorban.  Berhijrah  daripada  jahil  kepada  berpengetahuan.
Berkeadaan tidak baik kepada baik dan lebih baik mengikutpetunjuk pimpinanMu ya Allah. Semoga dapat menempuh hidup baru dan maju ke hadapan sesuai
tujuan manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi yang luas terbentang.

Peliharalah  kami  dan  negara  kami  ini  ya  Allah  serta   seluruh  negara  Islam
daripada  sebarang  huru-hara  dari  ancaman  musuh   dari  luar  mahupun  dari
dalam.  Peliharakanlah  perpaduan  kami.  Pereratkanlah  tali  persaudaraan  di
antara  kami.  Semoga  hidup  kami  sentiasa  berada  dalam  keadaan  selamat
sejahtera aman damai yang berpanjangan.

DOA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam,selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda.
Ya Allah ya Tuhan, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak
terhingga  atas  segala  anugerah-Mu  kepada  kami  seluruhnya.  Lantaran  itu  ya
Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa,
yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.
Ya  Allah  ya  Tuhan  kami,  sempena  majlis  sambutan  Maulidur  Rasul  ini,  kami
memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami
dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang
telah kembali kepada-Mu ya Allah.

Kami jua memohon restu dan rahmat –Mu sempena sambutan Maulidur Rasul
ini,  semoga  Engkau  ya  Allah  memberi  hidayah  dan  petunjuk  kepada  hati-hati
kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami,
Engkau  memberi  kekuatan  serta  semangat  yang  tinggi  kepada  kami,
dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal  soleh serta kami
memohon dipanjangkan  usia  diliputi  dengan  sihat  wal-afiat  memerintah  negara
kami yang tercinta ini.

Kami  pohonkan  juga  ya  Allah  keselamatan  dan  kesejahteraan  keamanan
kemakmuran  dan  keberkatan  negara  kami  yang  dikasihi,  rakyatnya  sejahtera
sentosa,  agama-Mu  terus  terpelihara  dan  maju  jaya  dibawah  pemerintahan
pemimpin kami.

DOA KEBERANGKATAN
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
KE SESUATU MAJLIS
______________________________________________



Ya  Allah  satukanlah  hati-hati  kami  sebagai  insan  yang  bersaudara,
eratkanlah  perhubungan  diantara  kami  untuk  bekerjasama.   Jadikanlah  kami,
hamba-Mu  yang  beriman  dan  bertaqwa,  mematuhi  segala  perintah-Mu  dan
Rasul-Mu  yang  mulia,  agar  kami  menjalani  kehidupan  sebagai  manusia  yang
berguna untuk agama bangsa dan negara.

Ya  Allah  Sempena  keberangkatan  Seri  Paduka  Paduka  Baginda  Yang
diPertuan Agong (...) dan Seri Paduka Baginda Raja  Permaisuri Agong (...) ke
majlis  ini,  kami  memohon  kepada-Mu  agar  Engkau  peliharakanlah  serta
lindungilah  kedua-dua  hamba-Mu  ini,  lanjutkanlah  usia  baginda  berdua  dalam
keadaan iman dan taat, dalam keadaan selamat dan sihat.  Dipohonkan taufiq
dan hidayah yang berkekalan untuk memandu ke arah kebenaran. Begitu juga
kami  pohon  pada-Mu  ya  Allah,  keselamatan  dan  kesejahteraan  putera-putera
dan puteri-puteri serta kerabat diraja sekaliannya.

Ya  Allah  peliharalah  dan  lindungilah  juga  pemimpin-pemimpin  kami  dan
rakyat jelata amnya.

DOA KEBERANGKATAN LAWATAN RASMI SERI PADUKA
BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE LUAR NEGARA
______________________________________________



Ya  Allah  di  saat  kami  mengiringi  keberangkatan  hamba-Mu,  Raja  kami  Seri
Paduka  Baginda  Yang  diPertuan  Agong  (…)  dan  Seri  Paduka  Baginda  Raja
Permaisuri Agong (…) untuk upacara lawatan rasmi ke negera (…), maka kami
memohon ya Allah selamatkanlah serta peliharalah kedua-dua hamba-Mu Raja
kami  serta  ahli  rombongan  sekalian  dengan  penuh  ri’ayah  dan  sebaik-baik
pemeliharaan  di  sepanjang  masa  keberangkatan  hingga  sampai  ke  tempat
tujuan.

Ya Allah tiada sesiapa yang dapat mengatasi Kudrat dan Iradat-Mu. Di tanganMu terletaknya segala kekuasaan, hanya pada-Mu kami sembah dan kepada-Mu
jua kami memohon pertolongan.
Kami  pohonkan  ya  Allah  akan  keselamatan  dan  kesejahteraan  dikurniakan
kepada  baginda  berdua  dan  ahli  rombongan  di  sepanjang masa  lawatan
sehingga selamat berangkat pulang.

Tiada ulasan: