NASIB KITA
Nasib kita berbeza
Tidak sama dengan yang lain
Saat kita berhati walang
Mengenang nasib yang malang
Ada insan sedang bergembira
Kerana nasibnya lebih sempurna
Jangan bimbang kawan
Nasib kita tidak selamanya malang
Hanya sesekali Tuhan menyampaikan ujian
Sekuat manakah kita bisa menatang
Dan setabah manakah kita menempuh
halangan
Untuk tiba di ambang tenang
Nasib kita perlu diubah
Jangan hanya menunggu untuk disembah
Tinggalkan segala resah dan gundah
Kembali pertahankan maruah
Agar matlamat tidak goyah
Terus melangkah dengan gagah
Tanpa mengenal payah.
Pinjam Sayap Penulis Sepi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan