Jumaat, 20 Mei 2016

Hujan Pagi

Hujan pagi
Sejuk dingin
Sepi dan membeku
Terpaku dalam sendu
Didakap selimut rindu

Kasih
Biar pun takdir yang memisahkan kita
Namun hati ini tidak pernah lupa
Sedetik pun tidakkan berlalu
Tanpa diriku mengenangimu
Kau yang sentiasa bercanda di kalbu

Sayang
Waktu ini sekadar bisa kukenang
Pada seraut wajah tenang
Senda gurau tawa riang
Menyambut kepulangan
Walau telah hilang
Namun sentiasa datang
Pada sebuah kenangan

Tiada ulasan: