Adik, sentiasa bersama mama. Menemani mama sepanjang masa. Celik mata, cari mama. Suruh bangun, katanya, nak peluk mama dulu. Lepas mandi, cari mama. Pagi2 dah puji mama, mama cantik, mama comel, mama wangi. Mama dialah segala2nya.
Ma cakap kat adik, kalaulah yang mati itu ma dan yang masih hidup itu ayah, tentu kehidupan Dikdan macam ni juga. Menemani ayah sepanjang masa sebagaimana adik menemani ma sekarang ini. Adik diam saja sambil asyik menekan keyboard bermain ipad.
Ma kata, kalau ma mati, ma mahu ayah kahwin lagi tapi ayah kena cari isteri yang boleh jaga anak2 ma. Adik diam juga. Ma terus bercakap sorang2.
Tiba2, "Ma, boleh tak ma jangan cakap yang bukan2 lagi? Jangan nak kalau kalau banyak sangat. Dikdan tak suka. Dikdan dah redha dengan semua ni pun dah syukur. Jangan ma nak memandai2 buat cerita lain."
Wah, Dikdan. Sekali keluar hujah dia, ma terkedu.
Petang semalam, ma ajak adik teman ma jumpa ayah. Ma nak ucap Selamat Hari Guru kat ayah. Sebaik melangkah masuk ke kawasan kediaman ayah, ma tak dapat tahan kesedihan. Adik duduk sebelah ma sambil gosok2 belakang ma. Adik tak tanya apa2. Mungkin adik tahu, ma tengah sedih sangat2. Kalaulah tak ada jiran2 lain sebelah ayah, ma rasa ma nak tidur je kat situ. Ma nak teman ayah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan