Isnin, 23 Mei 2016

Di Puncak Kecemerlangan

DI PUNCAK KECEMERLANGAN

Kita ingin berada di puncak kecemerlangan
Ada gunung yang perlu kita daki
Ada lurah yang perlu kita terjuni
Kerana
Untuk sampai ke puncak sana
Tidak semudah yang direncana

Ada rasa yang harus dikorbankan
Ada bahagia yang harus dilupakan
Lupakan seketika
Sehingga kita tiba di puncak sana
Puncak yang kita namakan kecemerlangan

Puncak itu tidak jauh untuk digapai
Juga tidak dekat untuk dicapai
Jauh dan dekat sekadar perlambangan
Usaha yang berterusan
Puncak itu pasti bisa ditawan

Tiada jalan mudah untuk tiba di puncak sana
Merintis lorong berliku sambil merentas denai
Jangan pedulikan halangan yang terbina
Sehingga kita tiba di puncak sana

Lalu tersenyum sambil melambai tanda jaya

Pinjam Sayap Penulis Sepi

Tiada ulasan: