Semalam mimpi pergi Mekah. Elok sampai dekat kaabah, hujan turun selebat-lebatnya. Teringat masa pergi dulu, kami berjalan dalam hujan menuju ke Masjidil Haram. Balik dari masjid, terus demam. Jadinya, bisik kat arwah, hujan pun tak apa tapi kita doa banyak2 supaya tak demam. Arwah diam saja tapi ikut saya redah hujan. Saya mengajak arwah masuk ke Hijir Ismail melalui Rukun Iraqi yang kebetulan tak ramai orang masa tu. Sempat saya singgah di bawah pancur emas dan air hujan mencurah ke atas kepala dari pancur emas itu. Sambil itu saya berdoa, "Ya ALLAH, kurniakan aku ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan ubat penawar segala penyakit."
Tidak mahu berlama2 di bawah pancur emas kerana ada jemaah lain yang juga mahu berdoa di situ, saya pun melangkah keluar dari Hijir Ismail ikut Rukun Syami.
ALLAH, sungguh indah mimpi itu. Bagaikan arwah masih ada bersama2 hingga sampai saat ini.
Rasanya seperti tidak mahu tinggalkan mimpi kerana arwah sentiasa hadir dalam setiap mimpiku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan