Jumaat, 20 Mei 2016

Kasih Kita

3 Mei 2016

Setelah seratus hari keberangkatanmu ke alam baqa',
Pelbagai peristiwa telah kami lalui,
Segalanya masih sedih, pedih dan pilu,
Belum ketemu yang dinamakan bahagia.
Sayang,
Setiap saat setiap masa,
Namamu meniti di bibir kami semua,
Kenangan, nasihat dan gurau senda,
Tetap kekal hangat membakar di jiwa.
Sayang,
Doa kami sentiasa mengiringimu,
Semoga amalan yang dibawa cukup sebagai bekalanmu di sana,
Kau insan mulia,
Syurgaku bersamamu,
Sayang,
Berehatlah dalam ketenangan yang abadi,
Nantikan kedatangan kami di alam syurgawi.

Tiada ulasan: