Isnin, 23 Mei 2016

Mencari Rezeki

MENCARI REZEKI

Mencari rezeki
Rezekinya jatuh di mana-mana
Dalam karung usaha
Dalam karung doa
Dalam karung tawakal

Rezeki yang jatuh dari langit
Kelibatnya tidak kelihatan
Namun aromanya singgah menyapa
Hampir kepada yang meminta
Dalam usaha, doa dan tawakal

Rezeki terpijak
Dalam relung usaha
Merentasi terowong doa
Dikelilingi batas tawakal
Hingga tiba di hujung jaya

Usaha dan doa
Menjemput rezeki datang bersila
Memberi dan menjana pahala
Tanpa silu yang tercela

Kerana yang halal itu buat kita

~Pinjam Sayap Penulis Sepi~

Tiada ulasan: