Berpeluang bertemu dengan seorang rakan. Katanya, dia mengikuti perkembangan saya walaupun tak pernah komen. Dan sudah lama dia berhasrat untuk bertemu dan berbual. Bisiknya, ada orang yang cemburu/dengki dengan kemewahan keluarga saya.
Cemburu? Dengki? Mewah? Saya tidak tahu bagaimana 'orang' itu mengukur kemewahan kami. Kenderaan? Kami cuma guna kereta yang sama sejak dulu. Tak ada bertukar ganti kereta mewah. Barang kemas? Cincin pun saya tak pakai. Bukan kerana masih dalam edah tapi sejak balik dari Tanah Suci, memang keinginan ke arah itu sudah tiada. Bercuti ke luar negara? Hmmm...dapat keluar dari negeri Perak pun sudah cukup bagus untuk kami pergi bercuti.
Pakai barangan berjenama? Handbag saya tak ada yang melebihi RM100. Kasut pun sama. Jadi, di mana mewahnya? Cuma satu yang saya ingat, saya tak perlu beli barang original. Beli barang klon pun orang tetap kata original. Dan sebab itu saya lebih suka beli barang tak ada jenama berbanding beli barang klon. Jadinya, handbag dan kasut saya memang bukan berjenama mewah. Mungkin langsung tak ada jenama.
Kenapa perlu nak cemburu dengan saya? Tak ada apa2 keistimewaan saya untuk saya tunjukkan dan megah2kan. Malahan saya hanya sengih apabila ada yang kata, "Alah, berapa sen sangatlah gaji cikgu." Haah. Memang betul tu. Gaji cikgu tak banyak. Kalau nak kaya, jangan jadi cikgu.
Sungguh, saya hanya manusia biasa. Saya hanya guru kecil yang tak punya apa2 pangkat. Tolonglah jangan dicemburui sesuatu yang kamu tidak nampak. Saya tak ada apa2. Doakanlah agar suatu hari nanti saya bisa punya 'apa2'. Waktu itu, mungkin barulah ada logik kalau kamu mahu cemburu atau dengki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan