Selasa, 24 Mei 2016

Cerita

CERITA

Dengarnya di sana ada cerita
Cerita tentang darah dan air mata
Cerita tentang anak-anak kecil yang mengangkat senjata
Cerita tentang derita yang tiada berkesudahan
Cerita tentang duka yang berpanjangan

Mereka anak-anak kecil
Yang sudah mengenal beza alat senjata
Sebelum mengenal huruf dan angka
Tiada cerita cinta dunia dan gembira
Melainkan cerita cinta agama dan negara

Wajah-wajah manis penghuni syurga
Kita tonton dan kemudiannya lupa
Mereka anak-anak syurga
Tempatnya sudah diwarta
Sedangkan kita masih lagi alpa
Hanya sesekali terdetik saat membaca berita
Tidak lama kerana kita tidak merasa

Peritnya derita mereka di sana.

~Pinjam Sayap Penulis Sepi~

Tiada ulasan: