Hari ini, ikut encik suami ke Taiping. Dia kena hadir di majlis perasmian penutup Kejohanan Ragbi di Padang Bandaran Taiping Taman Esplaned. Keluar awal lagi sebab dia nak singgah pantau sekolah dulu. Singgah SK Bukit Balai. Tak sempat nak sarapan. Beli nasi lemak, berkelah dalam kereta je.
Nasib baik majlis tak lama. Lepas tu ajak dia singgah Tesco sat. Apa lagi, nak beli sushi la. Singgah juga beli gajet baru...cakap mama punya tapi tak jalan jugak. Sebaik sahaja duit bertukar tangan, abg lang dan Dikdan dah sua tangan nak mencuba gajet baru.
Masuk dalam kereta, layan main game sampai habis bateri. Dah habis bateri, baru pulangkan balik pada mama. Singgah solat di RnR Bukit Gantang. Perjalanan diteruskan. Budak berdua tu dah tergolek tidur. Ayahnya singgah lagi pantau sekolah, SK Raban.
Dia yang drive, dia yang buat kerja tapi kita yang ngikut pula yang rebah terguling. Layan tidur sampai pukul 6, baru bangun solat Asar. Haduihhh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan