Khamis, 27 Mac 2014

Bukan Menagih simpati 2

"Sya jangan bimbang. Kalau dia tak nak Sya, abang ada. Abang akan ambil Sya jadi isteri abang. Ini janji abang." Aku terkejut mendengar kata-kata Abang Syahid.

"Abang Syahid sudah ada kekasih, kenapa pula nak menyusahkan diri abang?" Aku mengesat air mata yang jatuh di pipi. Abang Syahid mengeluh panjang.

"Ini janji abang. Kalau Sya tak kahwin sampai umur Sya 27 tahun, abang akan kahwin dengan Sya. Kecualilah kalau memang sudah ada perjanjian antara Sya dengan dia untuk bernikah."

Senang betul Abang Syahid membuat keputusan. Memang Abang Syahid kekasih masa kecilku. Abang Syahid yang selalu menjadi pengantin laki-laki olok-olok manakala aku pengantin perempuannya masa kami main masak-masak di bawah pokok jambu air tepi rumah atuk.

Masa tu, Abang Syahid memang tidak mahu dipasangkan dengan pengantin perempuan lain kecuali aku. Suatu ketika, aku demam. Aku tidak dapat turut sama bermain di bawah pokok jambu air. Kerusi kotak yang sudah terhias cantik itu perlukan sepasang pengantin.

Aku lihat, kawan-kawan anak jiran tetanggaku sudah ramai yang mengerumuni bawah pokok jambu. Hendak melihat pengantin yang sedang disolek. Aku hanya memandang sayu dari tingkap bilik yang dipasang jaring kayu inci sambil berselubung selimut tebal.

Abang Syahid menolak keras untuk jadi pengantin lelaki dipadankan dengan Liyana, anak Mak Long Dah.

Tiada ulasan: