Ahad, 23 Mac 2014

Dari fb

Suami saya ini orang yang mudah sahaja. Dia mungkin tak macam saya. Kalau saya nak baju baru, kasut baru atau handbag baru tapi dia tidak. Kalau rasa teringin nak tengok dia bergaya, kita yang kena belikan untuk dia.
Kenapa dia mudah? Kerana dia pernah melalui zaman keperitan hidup. Pernah melalui zaman sukar dan bekerja ini adalah satu rahmat baginya. Saya banyak belajar erti kesusahan melalui ceritanya bukannya melalui pengalaman sendiri.
Ya, dulu memang dia tidak perlukan kasut baru atau baju baru. Kerjanya mengambil upah membaja sawit, mengecop sawit atau pun menebas parit di ladang sawit orang. Gajinya sehari RM10. Kadang2 ke laut menangkap ikan. Kalau tak jadi cikgu, katanya dia mungkin jadi nelayan.
Sebab itulah apabila dia jadi cikgu, dia jadi cikgu yang sungguh2. Tak pernah merungut malahan amat menyayangi kerjaya dan anak muridnya. Sebelum dia ke PPD pun, dia memang selalu balik lewat. Sebab itu jugalah saya tak hairan kalau dia sangat2 menjaga kerja dan periuk nasinya.
Kami bermula daripada sifar. Sewaktu berkahwin, dia cuma ada sebuah motosikal, ACH 5867. Itulah kenderaan kami untuk berulang-alik ke sekolah. Perlahan2, kami membina kehidupan. Alhamdulillah, atas rezeki yang dikecapi hari ini.
Jadi, jangan ingat kesenangan itu akan datang begitu sahaja tanpa ada daya usaha. Kami tak mewah tapi kami bahagia. Itu yang paling utama. Kenapa mesti merungut dengan gaji yang sedikit atau kerja yang banyak? Bersyukurlah kerana kita masih punya pekerjaan.
Like · · · 3 hours ago · Edited ·

Tiada ulasan: