PANAS DAN CERIA
Khamis, 27 Mac 2014
Bukan Menagih simpati 2
"Sya jangan bimbang. Kalau dia tak nak Sya, abang ada. Abang akan ambil Sya jadi isteri abang. Ini janji abang." Aku terkejut mendengar kata-kata Abang Syahid.
"Abang Syahid sudah ada kekasih, kenapa pula nak menyusahkan diri abang?" Aku mengesat air mata yang jatuh di pipi. Abang Syahid mengeluh panjang.
"Ini janji abang. Kalau Sya tak kahwin sampai umur Sya 27 tahun, abang akan kahwin dengan Sya. Kecualilah kalau memang sudah ada perjanjian antara Sya dengan dia untuk bernikah."
Senang betul Abang Syahid membuat keputusan. Memang Abang Syahid kekasih masa kecilku. Abang Syahid yang selalu menjadi pengantin laki-laki olok-olok manakala aku pengantin perempuannya masa kami main masak-masak di bawah pokok jambu air tepi rumah atuk.
Masa tu, Abang Syahid memang tidak mahu dipasangkan dengan pengantin perempuan lain kecuali aku. Suatu ketika, aku demam. Aku tidak dapat turut sama bermain di bawah pokok jambu air. Kerusi kotak yang sudah terhias cantik itu perlukan sepasang pengantin.
Aku lihat, kawan-kawan anak jiran tetanggaku sudah ramai yang mengerumuni bawah pokok jambu. Hendak melihat pengantin yang sedang disolek. Aku hanya memandang sayu dari tingkap bilik yang dipasang jaring kayu inci sambil berselubung selimut tebal.
Abang Syahid menolak keras untuk jadi pengantin lelaki dipadankan dengan Liyana, anak Mak Long Dah.

Bukan Menagih Simpati
Bab 1
"Ini bilik kau, kata Mak Cik Tom sambil menghempaskan beg plastik berisi kain tudung yang baru dibeli Pak Cik Don untukku ke atas bangku kecil di tepi tingkap. Dia berpeluk tubuh sambil berpusing merenung tajam ke arahku. Mukanya menggambarkan riak tidak puas hati.
Perlahan-lahan kuletakkan beg pakaianku di atas katil kecil bercadar hijau muda dengan bunga-bunga putih kecil yang melatarinya. Pandanganku berputar-putar ke sekitar bilik kecil ini. Tidak banyak perabot di dalam bilik ini. Hanya sebuah katil bujang kecil, sebuah almari pakaian berwarna kayu dan sebuah meja kecil dengan kerusinya di tepi tingkap yang baru Mak Cik Tom hempaskan bungkusan plastik berwarna biru tadi.

“Hmmm...kenapa? Tak
puas hati?” ujar Mak Cik Tom sambil berjalan sedikit menghampiriku sebelum menyambung,
“ Bilik ini lebih besar berbanding dengan rumah engkau di kampung tu.” Aku
hanya meneguk liur. Tiada upaya mahu membalas cakap Mak Cik Tom. Lebih baik aku
kuncikan sahaja mulutku ini kerana aku tahu tiada faedahnya untukku melawan
cakap ibu saudaraku ini.
“Haa...Syahidah.
Rehatlah dulu, ya.” Tiba-tiba tersembul Pak Cik Don di muka pintu. “Som, mari
keluar dulu. Biarkan Syahidah berehat. Letih budak tu. Mana pernah dia berjalan
sejauh ini.” Pak Cik Don menunjukkan tanda prihatinnya. Mak Cik Tom berdengus
sebelum berpusing ke arah suaminya.
Sebaik sahaja
sepasang suami isteri itu berlalu, aku melabuhkan punggungku perlahan-lahan di
atas tilam kecil tapi empuk ini. Tanganku menggosok-gosok perlahan permukaan
tilam itu. Udara panas melegari ruang bilik yang agak terhad ini. Kipas di
siling tidak berpusing. Suiznya ada di dinding sana, sederet dengan satu lagi
suiz, mungkin suiz untuk lampu bilik dan satu plug.
Aku teringatkan ibu
di kampung. Kalau aku tahu begini layanan Mak Cik Tom, tidak ingin aku terima
pelawaannya ke mari. Aku lebih bahagia tinggal di kampung. Tinggal bersama-sama
ibuku. Walaupun hidup kami tidak sesenang Mak Cik Tom tetapi kami bahagia. Mak
Cik Tom yang beria-ia mengajak aku ke mari. Siap balik kampung untuk menjemput
aku ke mari.
Memang Mak Cik Tom
acapkali mengajak aku bertandang ke rumahnya di Kuala Lumpur ini tetapi aku
tidak mahu. Aku tidak mahu tinggalkan ibu sendirian di kampung. Memang ayah ada
tetapi sejak ayah balik tinggal bersama isteri tuanya, ayah memang sudah
jarang-jarang balik menjenguk ibu. Mak Tua juga sudah punya tiga orang anak
dengan ayah iaitu Kak Farah, Kak Sakinah dan Abang Zafri.
Walaupun Mak Tua
tidak begitu baik layanannya terhadapku tetapi kakak-kakak dan abangku tetapi
menyayangiku sebagai adik bongsu mereka. Abang Zafri yang selalu memberikan
belanja sekolahku tanpa pengetahuan Mak Tua. Kak Farah masih belajar di tahun
akhir jurusan kejuruteraan manakala Kak Sakinah membuka sebuah butik pakaian
dan busana muslim di Bandaraya Ipoh. Abang Zafri pula membantu ayah di syarikat
hartanah mereka.
Syarikat itulah yang
mengikat ayah agar terus bersama dengan Mak Tua. Mak Tua yang punya peratus
saham yang tinggi dalam syarikat berkenaan. Kalau tiada Mak Tua, mungkin ayah
tiada apa-apa. Kadang-kadang, timbul juga rasa sakit hatiku dengan perlakuan
ayah tetapi ibu sering menasihatiku agar
tidak menyimpan perasaan benci terhadap ayah. Ayah, ayah juga. Jangan dimusuhi
ayah sendiri.
Kata ibu, “Ibu mahu
masuk syurga. Ibu juga mahu anak ibu masuk syurga. Walaupun ibu kecewa dengan
perbuatan ayah kamu tetapi ibu redha. Mungkin ini ujian Allah buat ibu. Allah
mahu memberi pahala yang banyak kepada ibu. Kalau ibu boleh terima perbuatan
ayah, ibu harap kamu juga boleh terima. Jangan menderhaka terhadap ayah kamu.
Hormati dia selayaknya. Dia ayah kamu. Tinggalkan persengketaan ayah dengan
ibu. Kamu sebagai anak tak perlu masuk campur.” Ibu berkata sedemikian dengan
suara yang lirih.
Aku hanya menekur
sepi. Aku memang sudah lama maafkan ayah. Tanpa sedar, air mataku turun membasahi
pipi. Aku menyeka air mata yang mengalir. Tidak mahu terus terlarut dalam
kesedihan yang tidak semena-mena datang bertandang. Mungkin juga aku amat
terasa hati dengan layanan kurang mesra Mak Cik Tom terhadapku.
Aku tidak minta
datang ke mari. Mak Cik Tom yang meminta kebenaran ibu untuk membawa aku dengan
alasan agar aku dapat membantunya sementara mendapat pengganti baru pembantu
rumahnya yang telah tamat tempoh bekerja di sini. Sementelah pula aku baru
selesai menduduki peperiksaan SPM. Jadi, sementara menunggu keputusan keluar,
dapatlah aku membantunya.
Menyesal pula aku ke
mari. Dilayan macam pengemis yang tiada berumah. Semuanya berpunca daripada Pak
Cik Don yang cepat sangat bermurah hati membelikan aku hadiah. Hadiah tudung
yang baru dicampakkan Mak Cik Tom di atas kerusi kayu itu tadi. Kata Mak Cik
Tom, Pak Cik Don tidak perlu berhabis duit untukku. Awal-awal lagi sudah
meminta yang bukan-bukan. Aku tidak meminta tapi Pak Cik Don yang mahu
membelinya.
Sudah kukatakan, aku
tidak mahu tudung itu tetapi Pak Cik Don tetap berdegil yang menyebabkan Mak
Cik Tom menarik muka masam. Bukan setakat masam malahan menyergah-nyergah pula
aku. Mahunya tidak timbul rasa bersalah di hatiku.
Rabu, 26 Mac 2014
Koleksi Doa di Tanah Suci - Doa 2
Ya ALLAH
Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, berilah aku keyakinan bahawa takdirMu adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan.
Kau damaikanlah hatiku untuk menerima takdirMu kerana aku yakin dan percaya perancanganMu yang terbaik dan terindah untuk diriku.
Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim
Hanya padaMu tempat kumengadu tatkala sedih menikam kalbu, tatkala pilu menyesak dada.
Damaikanlah jiwa ini
Tenangkanlah hati ini
Amiinnn Ya Rab'bal Aalamin
Ya ALLAH
Ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami
Sayangilah ibu dan bapa kami sebagaimana mereka menyayangi kami sewaktu kami masih kecil.
Ya ALLAH
Muliakanlah mereka
Tiada pernah kami sanggup menggantikan setiap titis air mata ibu dan keringat ayah kami
Ya ALLAH
Jadikanlah cahaya di hatiku
Cahaya di kuburku
Cahaya di hadapanku
Cahaya di belakangku
Cahaya di atasku
Cahaya di bawahku
Cahaya pada pendengaranku
Cahaya pada penglihatanku
Cahaya di rambutku
Cahaya di darahku
Cahaya pada tulang-tulangku
Ya ALLAH
Besarkanlah bagiku cahaya
Dan berikanlah bagiku cahaya
Dan jadikanlah padaku cahaya
Tambahkanlah padaku cahaya
Tambahkanlah padaku cahaya
Wahai Tuhanku
Ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan padaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.
Ya ALLAH
Aku berlindung kepada Engkau daripada ilmu yang tidak berguna,
Dari hati yang tidak pernah tenang
Dari doa yang tidak didengari
Dan daripada nafsu yang tidak pernah kenyang
Ya ALLAH
Jadikanlah aku wanita yang solehah
Isteri yang mentaati suamiku
Anak yang mentaati ibuku
Dan ibu yang mengasihi anak-anakku.
Ya ALLAH
Sesungguhnya aku berlindung padaMu daripada seksaan kubur, seksaan neraka jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-Masih Dajjal.
ALLAH Maha Besar dengan segala kebesaranNya
Segala puji bagi ALLAH dengan sebanyak-banyak puji
Dan Maha Suci bagi ALLAH sepanjang pagi dan petang
Tiada Tuhan melainkan ALLAH dengan keEsaanNya
Dia dzat yang menepati janji
Dzat yang menolong hambaNya
Dan memuliakan bala tenteraNya
Dan menyeksa musuh dengan ke EsaanNya
Tiada Tuhan melainkan ALLAH
Dan ALLAH Maha Besar
ALLAH Maha Besar
Dan segala puji hanya untuk ALLAH
Allahummaghfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani saghira
Ya Tuhan kami
Ampunilah segala dosa kami
Segala dosa kedua ibu bapa kami
Serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil kami
Amiiinnn...

Koleksi doa di Tanah Suci - Doa 1
Ya ALLAH
Beri aku ruang
Beri aku peluang
untuk kukerjakan :
Rukun haji,
Wajib haji,
Sunat haji dan
Ibadat-ibadat lain
Dengan sempurna
Ya ALLAH
Engkau telah aturkan kedatangan haidku selama ini dengan baik.
Namun Ya ALLAH
Tiada tempat lain untukku bergantung harap dan memohon pertolongan melainkan Engkau
Ya ALLAH
Ya ALLAH
Aturkanlah kedatangan haidku dengan baik
Agar dapat kukerjakan
Rukun haji
Wajib haji
Sunat haji dan
Ibadat-ibadat lain
Dengan sempurna
Amin amin amin ya Rab'bal Aalamin
Ya ALLAH
Jadikan aku hambaMu yang sentiasa mengingatiMu
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup
Wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri
Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan
Perbaikilah untukku urusanku semuanya
Dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata
Ya ALLAH
Ketika aku melakukan kesalahan kepada orang lain
Anugerahkanlah aku kekuatan untuk meminta maaf
Manakala di waktu orang melakukan kesalahan padaku
Anugerahkanlah aku kekuatan untuk memberi kemaafan
ALLAH Tuhanku
Muhammad Nabiku
Al-Quran Kitabku
Islam Agamaku
Kaabah Kiblatku
Ya ALLAH
Kami amat mencintai kekasihMu
Rasulullah SAW
Berikanlah kekuatan kepada kami supaya dapat juga kami membuktikan kecintaan kami kepadanya dengan mengamalkan setiap daripada sunnahnya
Sollualan nabi
Taqabbalullah minna waminkum
Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalanmu
Ya ALLAH
Banyakkanlah hartaku
Harta anak-anakku
Dan harta zuriat keturunanku
Luaskanlah rezeki kami
Luaskanlah rumah kami
Berkatilah semua yang Engkau berikan kepada kami
Perbaiki amalan kami
Dan ampuni dosa-dosa kami
Ya ALLAH
Berilah aku di sisiMu anak-anak yang baik
Sungguh Engkau Maha Pendengar doa
Ya ALLAH
Jangan Kau matikan aku selagi aku tidak menjadi anak yang soleh
Jangan Kau matikan aku selagi aku belum habis berbakti kepada orang tuaku
Dan jangan Kau matikan aku selagi ibuku tidak redha dengan kehidupanku ini
Ya ALLAH
Jangan Kau matikan aku selagi aku belum menjadi isteri yang solehah, isteri yang berbakti kepada suami dan ibu mithali kepada anak-anakku
Ya ALLAH
Aku berlindung kepada Mu daripada fitnah wanita, fitnah dunia dan daripada azab kubur serta azab api neraka
Wahai ALLAH
Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah dan salawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami
Wahai Tuhan kami
Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
Dan peliharalah kami daripada azab api neraka
Cukuplah ALLAH bagiku yang menolong dan memeliharaku
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH
KepadaMu aku berserah diri dan Engkaulah yang mempunyai Arasy yang besar
Ya Tuhanku
Jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang
Begitu juga anak-anakku dan zuriat keturunanku
Ya Tuhanku
Perkenankanlah doaku ini
Ya Rabbku
Ampunilah dosa-dosaku dan terimalah taubat daripadaku
Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang

Resepi Mi Rebus
Mi Rebus (Mi Jawa)
BAHAN UNTUK KUAHNYA
250 gm daging atau ayam~ potong kecil ~ rebus
2 sd mkn udang kering
2 biji bwg besar
4 ulas bwg putih
semua bhn tu dikisar
4 sd mkn rempah kari
4 sd mkn cili kisar
2 batang serai ~ diketuk
sedikit lengkuas ~ diketuk
1 kiub pati ayam
keledek direbus untuk pekatkan kuah
tauchu dicuci dan dikisar (kalau botol besar dalam agaran 1/2 botol, kalau yang kecil semuakan)
gula,garam,perasa,sedikit gula merah
air secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
CARA2NYA
Simpan air rebusan daging dengan keledek..tumis bahan kisar sampai garing. Masukkan rempah,cili,lengkuas,serai, kiub. Masak hingga rempah garing, bolehlah dimasukkan air ke dalam rebusan daging. Tambah air secukupnya. Bila dah mendidih bubuh keledek yg dikisar. Kacau kuah supaya tidak bergentel.. Perasakan semuanya.
BAHAN TAMBAHAN
mee ~ dicelur
sawi+taugeh ~ dicelur
telur ~ direbus
bawang goreng+ cili potong
daun sup ~ diracik
limau
tauhu digoreng ~ potong ikut suka

Resepi Twisties
Homemade twisties
Boleh guna kue tiaw yang kering sama dengan mee laksa
1 bungkus laksa kering
(hancurkan dan cuci bersih, tos sampai kering air dan jemur bawah cahaya matahari)
goreng laksa sampai keputihan dan rasa rangup..ketepikan
bahan kisar
2 sudu makan rempah kari daging
5 sudu makan nestum
2 sudu makan cheese powder
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu serbuk pati ayam tumix
kisar semua bahan dan tuang atas laksa yang telah digoreng...goncangkan sampai serbuk sebati dengan laksa

Di atas Awan bersama MH8004
Menyusun bagasi
Abang tenang sahaja
Dapat duduk di kelas bisness. Selesa sangat2.
Wajah bakal haji
Makanan di atas kapal terbang
Abang tak sabar nak mencuba semua fungsi butang. Pramugari cakap, "Sabar, nanti ada masa 9 jam untuk test semua butang tu."
Sempat bergambar
Kipas kapal terbang
Subang Jaya dan Kelana Jaya
Sedih je nak tinggal bulat mama ni.
Bersama kekandaku yang selalu hadir dalam susah dan senang
Bergambar sebelum bertolak dari rumah abangku di Desa Mentari 2
Anak daraku yang menduduki PMRnya semasa kami di Tanah Suci
Possing2 dulu
Abang Epul berehat di rumah pak longnya
Sukar untuk melepaskan
Walaupun penat, muka tetap ceria
Menunggu masa keberangkatan
Dikdan sampai tertidur keletihan
Tak habis2 berpossing anak dara ni
Abang lang dengan sepupunya, Abg Irfan
Hari ini...singgah sana sini...
Hari ini, ikut encik suami ke Taiping. Dia kena hadir di majlis perasmian penutup Kejohanan Ragbi di Padang Bandaran Taiping Taman Esplaned. Keluar awal lagi sebab dia nak singgah pantau sekolah dulu. Singgah SK Bukit Balai. Tak sempat nak sarapan. Beli nasi lemak, berkelah dalam kereta je.
Nasib baik majlis tak lama. Lepas tu ajak dia singgah Tesco sat. Apa lagi, nak beli sushi la. Singgah juga beli gajet baru...cakap mama punya tapi tak jalan jugak. Sebaik sahaja duit bertukar tangan, abg lang dan Dikdan dah sua tangan nak mencuba gajet baru.
Masuk dalam kereta, layan main game sampai habis bateri. Dah habis bateri, baru pulangkan balik pada mama. Singgah solat di RnR Bukit Gantang. Perjalanan diteruskan. Budak berdua tu dah tergolek tidur. Ayahnya singgah lagi pantau sekolah, SK Raban.
Dia yang drive, dia yang buat kerja tapi kita yang ngikut pula yang rebah terguling. Layan tidur sampai pukul 6, baru bangun solat Asar. Haduihhh...

Mencari Makna 1
Kita,
Masih mencari makna
Makna kasih dan sayang
Makna cinta dan sengketa.
Andai dulu ada cinta
Jangan sekarang disimpan sengketa.
Kita,
Tidak akan pernah temui makna
Andai hati tidak mahu terima
Bahagia dan derita
Semuanya pilihan kita
Untuk memaknakannya
23:15 26/03/2014
Masih mencari makna
Makna kasih dan sayang
Makna cinta dan sengketa.
Andai dulu ada cinta
Jangan sekarang disimpan sengketa.
Kita,
Tidak akan pernah temui makna
Andai hati tidak mahu terima
Bahagia dan derita
Semuanya pilihan kita
Untuk memaknakannya
23:15 26/03/2014
Isnin, 24 Mac 2014
Langgan:
Catatan (Atom)