Isnin, 23 Mei 2016

Kalam Suci

Juzuk 11

Ya ALLAH, fasihkanlah lidahku untuk membaca kalam suci-Mu.


Bangun!

Kalau kita jatuh, kita kena bangun sendiri. Jangan tunggu orang lain bangunkan kita. Jangan harapkan orang lain untuk mengangkat kita. Kita kena kuat. Kita mesti bersemangat.

Kita mungkin boleh pinjam bahu kawan untuk lepaskan tangis tapi kita tak boleh pinjam bahu kawan untuk dijadikan sandaran.

Ahad, 22 Mei 2016

Mimpi

Semalam mimpi pergi Mekah. Elok sampai dekat kaabah, hujan turun selebat-lebatnya. Teringat masa pergi dulu, kami berjalan dalam hujan menuju ke Masjidil Haram. Balik dari masjid, terus demam. Jadinya, bisik kat arwah, hujan pun tak apa tapi kita doa banyak2 supaya tak demam. Arwah diam saja tapi ikut saya redah hujan. Saya mengajak arwah masuk ke Hijir Ismail melalui Rukun Iraqi yang kebetulan tak ramai orang masa tu. Sempat saya singgah di bawah pancur emas dan air hujan mencurah ke atas kepala dari pancur emas itu. Sambil itu saya berdoa, "Ya ALLAH, kurniakan aku ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan ubat penawar segala penyakit." 

Tidak mahu berlama2 di bawah pancur emas kerana ada jemaah lain yang juga mahu berdoa di situ, saya pun melangkah keluar dari Hijir Ismail ikut Rukun Syami.

ALLAH, sungguh indah mimpi itu. Bagaikan arwah masih ada bersama2 hingga sampai saat ini.

Rasanya seperti tidak mahu tinggalkan mimpi kerana arwah sentiasa hadir dalam setiap mimpiku.

Cerita kita

22 Mei 2016

Adik batuk pula. Hidung pun berhingus juga. Aduh, apa lagi ikhtiar mama? Ubat batuk dah bagi. Cuba bagi jus kunyit sikit kalau mau rasi.

Susah hati la mama. Harap2 adik dapat tidur lena nanti.



Sabtu, 21 Mei 2016

Surah Al-Kautsar

DAHSYATNYA AL-KAUTSAR

Surah ini adalah surah yang paling pendek dalam Al Qur'an, hanya
mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan berasal
dari sungai di Syurga. Kolam sungai ini diperbuat dari pada
batu permata yang indah dan cantik.

Rasanya lebih manis dari pada madu, warnanya pula lebih putih
dari pada susu dan lebih wangi dari pada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
SAW, karena diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2
orang yang dikasihinya, yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak
saudaranya Abu Thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita
amalkan, diantaranya ialah :

1. Ketika hujan, bacalah surah ini dan berdo'a. Insya Allah, do'a kita dikabulkan oleh Allah SWT

2. Ketika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok
di leher. Insya Allah hilangkan rasa dahaga.

3. Ketika kita sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak.
Sapukan air tawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x
pada mata.

4. Ketika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini
10x. Insya Allah, Allah SWT memberi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu.

5. Jika kita membaca surah ini 1.000x.
Insya Allah rezeki kita akan bertambah.

6. Jika kita rajin membaca surah ini. Insya Allah hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan shalat.

7. Jika ada orang teraniaya dan terpenjara, bacalah surah ini
sebanyak 71x. Insya Allah, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya karena dia tidak bersalah tetapi dizhalimi.
Rasulallah SAW bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1
(satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka
walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia
akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Subhanallah

-----
Sahabatku Yang dimuliakan Allah,

"Ya Allah, muliakanlah sahabat-sahabat Kami, Berikanlah Kami pasangan yang setia, 
mewujudkan keluarga sakinah mawaddah warahmah.
Kelak masukkanlah Kami disurga yang terindah.."

Aamiin Ya Robbal Alamin
eradeco

Yasin 7 mubin

KAEDAH MEMBACA YASIN 7 MUBIN

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
A. Langkahnya adalah seperti berikut:-
Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir. doa-nabi-yunus“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
B.  Cara-cara untuk membacanya ialah :
Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
Baca Yasin sehingga di Mubin pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup.
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.
Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin
Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:
1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.
Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah
Sumber: Shafiqolbu

Tips Murah Rezeki

Tips dimurahkan rezeki 😄
.
🐚1. Sehari istighfar at least 100 kali subuh, 100 kali zohor, 100 kali asar, 100 kali maghrib, 100 kali isyak.50 kali pun takpa. Ikutlah masing-masing. Ingat, Rasulullah pun dalam sehari berkali istigfar.
.
🐚2. Amalkan solat dhuha. Lepas dah amal, try 'jaga' solat dhuha. Kalau tak boleh 7 kali dalam 7 hari, buatlah 3 kali dalam seminggu. Bukan kuantiti Allah nilai tapi kualiti. Apa dia ? Keikhlasaan untuk tunduk pada Rabb.
.
🐚3. Al-quran jangan ketepikan. Solat jangan ketepikan. Dua benda ni kalau kita jaga seperti jaga seorang 'kekasih', nescaya kita orang yang paling bahagia. Wallahi.
.
🐚4. Tahajud. Tuan guru nik aziz tahu tak kenapa tak pernah tinggal tahajud ? Sebab ada 'perasaan' lapang tiap kali melaksanakan solat ini. Manusia nampak kita seperti sibuk sana sini, tapi Allah sentiasa 'lapangkan' kita dengan cara setiap urusan kita dipermudahkan. Sebab itu tuan guru semasa hayat, waktunya walaupun pack dengan memberi ceramah, masih ada ruang untuk keluarga, isteri dan sebagainya. Lapang tu luas definisinya. Allah beri rezeki dalam banyak bentuk.
.
🐚5. Hutang. Hutang dengan orang make sure kita bayar dan lunaskan. Kalau tak boleh, buat perjanjiandan musyawarah dengan pihak yang kita hutang kita nak bayar bila, kita nak tempoh sekian sekian. Dan andai masih ada yang berhutang pada kita, jangan tuntut. Kalau dia nak bayar, bayar. Kalau tak, takpa. Halalkan. Dalam masa yang sama, doa banyak-banyak moga itu salah satu Pintu pembuka rezeki untuk kita.
.
🐚6. Adab pada ibu ayah.Jangan jadi anak yang 'biadap' atau yang tiada adab. Sebab once kita sakitkan hati ibu ayah, rezeki susah nak lekat, keep contact. Tanya khabar, minta doa dan restu hari-hari tak kira anda bujang ke dah kahwin ke keep contact. Doakan kesejahteraan ibu ayah.
.
🐚7. Hubungan dengan manusia.Jangan suka hasad dengki, dendam kesumat, menyebarkan fitnah, aib, umpat. Kalau terbuat, cepat-cepat muhasabah dan istigfar. Perbanyakkan ambil air wuduk ketika marah. Sebab diri kita sendiripun tidak terlalu baik.
.
🐚8. Hormat guru bagi yang student. Hormat majikan bagi yang bekerja. Doakan guru, doakan boss kita. Sentiasa anggap mereka seperti ahli keluarga. Sayangi mereka. Minta mereka doakan kita.
.
🐚9. Zikir.Cuba hayati dan selami zikir asmaul husna terutamanya. (99 nama Allah).Setiap 99 nama Allah ada maksud tersurat dan tersirat. Contoh bab rezeki, boleh amal zikir Ya Razzaq. Ya Razzaq tiap kali lepas solat.
.
🐚10. Keep sadaqah.Nampak pakcik jual newspaper tepi jalan belilah dengan wang besar sikit, nampak makcik tepi jalan jual kuih atau nasi lemak belilah walaupun ketika itukita tak lapar, masuk masjid ringankan tangan untukmasukkan duit dalam tabung even RM 1. Naik bas ke teksi ke, jangan ambil baki wang, niat lah sedekah. Ada duit lebih, beri hadiah pada ibu ayah, guru-guru, kawan-kawan, adik2, suami isteri niat untuk sedekah. Tak perlu tunggu birthday dan sebagainya. Banyak cara sedekah. Apa yang kita 'beri' itulah 'milik' kita di sana. Akan dihimpunkan di hari pengadilan. Bukannya apa yang kita 'simpan'.
.
🐚11. Haiwan dan alam.Haiwan itu ciptaan Allah. Alam itu ciptaan Allah. Buat baik dengan haiwan, beri makan. Beri minum. Sayangi haiwan. Alam. Tahukah kalian setiap alam di dunia ini akan bertasbih memuji Allah, pokok, sungai, daun, hujan sekalipun akan mengagungkan Tuhan mereka ? Pastikan kita beradab pada alam. Jangan buang sampah, jangan cemarkan dan sebagainya. Sayangilah alam. Sebab seorang guru pernah kata, salah satu tips menjemput rezeki yang manusia selalu lupa adalah adab pada haiwan dan alam.
.
🐚12. Always positive and never give up(Bersyukur dan bersabar)Rezeki itu banyak makna. Dapat lihat mak ayah pun rezeki, dapat belajar tinggi-tinggi pun rezeki, dapat boss baik pun rezeki, dapat sahabat soleh pun rezeki, dapat pandang dunia dengan nikmat mata pun rezeki, dapat berjalan ke mall, ke pantai, ke taman pun rezeki, sebab ada orang yang takda kaki.Dapat bernafas pun rezeki. Rezeki itu bukan dari segi wang semata-mata. Sentiasa bersyukur dan bersabar dengan apa yang Allah hadiahkan buat kita sama ada suka mahupun duka. Satu je, kalau anda rasa anda diuji dengan sangat teruk ada lagi yang diuji lebih sakit.

Moga bermanfaat.😄😄