Jumaat, 20 Mei 2016

Doa Arafah

Dari blog Syafiqolbu

Doa Arafah ini elok dibaca oleh para Jemaah Haji sewaktu berwukuf di Padang Arafah atau boleh diberikan kepada ahli keluarga, saudara mara dan para sahabat yang akan pergi menunaikan haji.
 .
A’UUDZU BILLAAHI MINASY-SYAITHOONIR-ROJIIM.
BISMILLAAHIR-ROHMAANIR-ROHIIM.

Daku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
.
ALHAMDU LILLAAHI ROBBIL-‘AALAMIIN. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WA LAILAHA ILALLAHU WALLAHUAKBAR.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan selain Allah, Allah Maha Besar.
.
LAA ILAAHA ILLALLAHU WALLAAHU AKBARU, LAA ILLAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIIKA LAHU, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALAA KULLI SYAI-IN QODIIR. LAA ILAAHA ILLALLAAHU WA LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH.

Tiada yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, untuk-Nyalah segala kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas segala sesuatu. Tiada Tuhan selain Allah dan tiada daya dan upaya serta aka da kekuatan selain dengan Allah jua.
.
Ya Allah Ya Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa masyarakat kami dan dosa seluruh umat Islam yang telah mati dan yang masih hidup.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Kami pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah ﷺ, dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah dimita perlindungan oleh Rasulullah ﷺ.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Kami pohonkan syurga tanpa hisab, dan berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami, supaya kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami ke arahnya, selamatkan kami ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.
.
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYYUL’AZIM.
 .
Ya Allah Ya Tuhan Kami! Dikau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufiq dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki kelemahan diri kami ya Allah.

Tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal, hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Kami pohonkan kepadaMu iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Dikau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di hati kami, hidupkan hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Dikau, sembuhkanlah segala penyakit yang ada di dalam hati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.
.
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYUL AZIM.
 .
Ya Allah Ya Tuhan Kami! Jadikanlah hati kami yang sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan dan keagungan kerajaanMu dan masa depan kami di akhirat nanti.

Ya Allah! Jadikanlah kami ini hambaMu yang hanya mengabdikan diri kepadaMu dengan sebaik-sebaiknya, berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami supaya dapat kami lakukan apa-apa yang diperintahkan olehMu dan meninggalkan segala apa yang dilarang olehMu.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas kematian kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang akhir nanti.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Selamatkanlah kami semasa berada dalam kubur, jadikanlah kubur kami satu taman dari taman-taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan Dikau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar, selamatkanlah kami ya Allah, semasa berada di padang mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan arasyMu ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Selamatkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami Muhammad ﷺ.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Jadikanlah kami orang yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan.

Ya Allah! Berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam nabi kami ‘al-Kauthar’. Selamatkan kami semasa menyeberangi titian sirital mustaqim dan masukkanlah kami ke syurgaMu bersama-sama orang-orang yang mulia di sisiMu ya Allah.
.
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILAHIL ALIYYUL AZIM

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Apakah agaknya yang Dikau akan lakukan pada petang, saat dan ketika ini kepada seorang hambaMu yang hina yang mengaku berdosa dan bersalah, yang merayu kepadaMu di atas kejahatan, yang bertaubat kepadaMu kerana dosanya, yang memohon keampunan kepadaMu kerana kezalimannya, yang mengharap kemaafanMu kerana kesilapannya, yang merayu kepadamu supaya tercapai segala hajatnya, yang mengharapkan limpahan rahmatMu pada tempat wuquf ini, walaupun dengan dosa yang begitu banyak laksana buih di lautan.

Ya Allah! Kami sekelian keluar menuju kepadaMu dan berhenti di perkarangan rumahMu, kepadaMulah kami meletakkan segala harapan kami, kepadaMulah kami memohon kemurahan rahmat, kami takut kepada dosa kami, oleh itu kepadaMulah kami berlindung dari bencana dosa kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Dikaulah yang memiliki seluruh hajat orang-orang yang memohon, yang mengetahui seluruh kandungan hati orang-orang yang tidak merayu.

Ya Allah! Dikau telah sediakan sajian kepada setiap tetamu dan kami sekelian adalah tetamu kepadaMu, oleh itu kurniakanlah syurga sebagai sajianMu kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Setiap rombongan dikurniakan hadiah, setiap pelawat dikurniakan cenderahati, setiap pemohon dikurniakan pemberian, setiap yang berharap dikurniakan habuan, setiap yang memohon rahmat mendapat rahmatMu, maka kami sekelian datang berkunjung ke rumahMu yang mulia ini dan berada di tempat ibadah yang agong ini dengan harapan mendapat rahmat dan keampunanMu, oleh itu janganlah hampakan harapan kami semua ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini ya Allah, dengan berkat nabi kami Muhammad ﷺ. Dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas kepadaMu ya Allah.

Allahhumma Ya Allah! Wahai yang maha mendengar
Tidak mungkin kaki kami mampu melangkah ke tempat ini kecuali Dikau yang menguatkan
Tidak mungkin tergerak di hati kami ingin menunaikan haji kecuali Dikau yang menggerakkan
Tidak mungkin seringgit pun kami miliki kecuali Dikau yang memberikan
Tidak mungkin kami sihat kecuali Dikau yang menyihatkan
Tidak mungkin kami dapat membantu tubuh ini berwuduk kecuali Dikau yang mengajarkan
Tidak mungkin lidah ini dapat menyebut namamu kecuali Dikau yang membimbing ya Allah

Betapa ramai makhluk yang Dikau ciptakan
Betapa sedikit yang berada di Arafah ini ya Allah

Ya Rabbi!
Dengan apa kami mensyukuri nikmat haji ini ya Allah kecuali berharap kepadaMu
Terimalah haji kami ini ya Allah
Terimalah haji kami ini ya Allah
Terimalah haji kami ini ya Allah
.
ALLAHUMMAJ’ALHAJJAN MABRURAA, WA SA’YAN MASYKUURA WA DZANBAN MAGHFUURA.

RABBANA ZOLAMNA ANFUSANAA WA ILLAM TAGHFIRLANAA WA TARHAMNA LANA KUUNANNA MINAL KHOSIRIN.
.
Ya Allah! Ampuni seluruh dosa-dosa kami
Dikau menjanjikan haji yang mabrur
Bersih dari dosa seperti bayi yang baru dilahirkan
Alangkah indahnya jika kami Dikau pilih demikian ya Allah

Ya Allah! Dikau Maha Mengetahui betapa menderitanya diri kami dengan lumuran dosa
Betapa sengsaranya hidup kami dengan menutupi aib
Betapa hinanya diri kami dengan maksiat.
Bersihkan kami ya Allah
Bersihkan dosa kami ya Allah.

Ampuni dosa kami kepada orang tua kami
Ampuni jikalau mereka menyesal melahirkan kami
Ampuni dosa kami kepada keluarga kami ya Allah,
Kepada anak-anak kami, jangan biarkan mereka menuntut kami di akhirat
Berikan  kesempatan bagi kami memperbaiki segalanya.
.
RABBANA HABLANAA MIN AZWAAJINAA WADZURRIYYATINA QURROTA A’YUN, WAJ’ALNAA LILMUTTAQIINA IMAMA.

Ampuni Ya Allah! Jika di sekujur tubuh kami ada harta haram, di rumah kami banyak barang haram
Padahal Dikau mengharamkan ke syurga bagi yang ditubuhnya ada daging haram
Berikan kesempatan kami untuk menyucikan diri dari harta haram ya Allah
Jauhkan sejauh-jauhnya ya Allah
Cukupi diri kami dengan rezekiMu yang halal

Ya Allah! Ampuni jikalau kami sering menzalimi hamba-hambaMu yang lemah
Berikan kesanggupan bagi kami untuk terpelihara dari kezaliman.
.
YA SAMIUL ALIM!

Wahai Yang Maha Mendengar!
Hanya Dikaulah tumpuan harapan kami
Jadikan kaum muslimin ini menjadi suami yang benar
Menjadi ayah yang jujur
Menjadi lelaki yang soleh
Jadikan kaum muslimah ini menjadi isteri yang solehah
Menjadi ibu yang solehah
Menjadi muslimah yang terpelihara

Kurniakan kepada kami ya Allah, keturunan yang lebih baik dari kami
Lindungi dari kederhakaan dan kehinaan dunia dan akhirat

Ya Allah! Berkatilah sisa umur kami
Berkatilah rezeki yang Dikau kurniakan kepada kami
Berkatilah ilmu yang Dikau kurniakan
Berkatilah sisa umur ini
.
ALLAHUMMAGHFIR LILMU’MININ WAL MU’MINAT MUSLIMIN WAL MUSLIMAT, AL AHYAAI MINHUM WAL AMWAAT..
.
Ya Allah! Selamatkan umat Islam ya Allah
Selamatkan umat Islam ya Allah
Jangan biarkan Dikau saksikan kami terhina seperti ini
Persatukan hati kami ya Allah

Bangkitkan para pemimpin yang mencintaiMu dan mencintai umatMu
Tolonglah saudara kami yang teraniaya di penjuru mana pun ya Allah
Jangan biarkan kaum zalimin erjaya atas kaum beriman ya Allah
Jangan biarkan kaum yang ingkar kepadaMu menzalimi kaum yang bersujud kepadaMu

Bantulah saudara kami pejuang-pejuang Islam dan umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh pejuang agamaMu.
Ya Allah! Mereka dalam genggamanMu ya Allah
Ya Allah! Cegahlah kezaliman ke atas umatMu ya Allah.
.
Ya Allah! Selamatkan negara kami ya Allah
Dikaulah Yang Maha Mengetahui keadaan negara kami
Jangan biarkan umatMu seramai ini ditindas dan dihina
Bangkitkan ya Allah
Jadikan negara kami negara yang memancarkan cahaya Islam
Menjadi negara yang rahmatan lil’alamin

Ya Allah! Kurniakan kepada kami pemimpin yang soleh
Para pemimpin yang mencintai umatMu
Para pemimpin yang teguh hidup di jalanMu
Para pemimpin yang benar-benar menjadi suri tauladan bagi kami.

Ya Allah Yang Maha Agung!
Undanglah kami, keluarga kami dan keturunan kami,
Dengan orang-orang yang berbuat baik kepada kami.

Ya Allah! Izinkan kelak kami bertemu denganMu Ya Allah
Bertemu dengan RasulMu
Bertemu dengan kekasih-kekasihMu.
.
RABBANA AATINA FIDDUNYA HASNAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINA A’ZABANNAR.
RABBANA TAQOBBAL MINNA INNAKA ANTA SAMIUL’ALIM WATUB ALAYNA INNAKA ANTATTAWABURRAHIM. SUBHAANA RABBIKA RABBIL ‘IZZATI ‘AMMAA YAASHIFUUN WASALAMUN ALAL MURSALIN WALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN.

Hidung Tersumbat.

Masing2 dah tidur tapi adik tak berapa lena. Hidungnya tersumbat. Kesian dia. Tak reti nak bernafas ikut mulut. Mama sapukan vicks pada dada dan belakang.

Tak mahu lena juga. Tidur kejap2 terjaga. Mama kata, tak payah tidurlah adik. Bangun main2 dulu. Lagipun awal lagi.

Akhirnya, adik bangun. Pukul 12.30 naik skuter. Harap lepas ni hidung adik tak tersumbat lagi.

Kasih Kita

3 Mei 2016

Setelah seratus hari keberangkatanmu ke alam baqa',
Pelbagai peristiwa telah kami lalui,
Segalanya masih sedih, pedih dan pilu,
Belum ketemu yang dinamakan bahagia.
Sayang,
Setiap saat setiap masa,
Namamu meniti di bibir kami semua,
Kenangan, nasihat dan gurau senda,
Tetap kekal hangat membakar di jiwa.
Sayang,
Doa kami sentiasa mengiringimu,
Semoga amalan yang dibawa cukup sebagai bekalanmu di sana,
Kau insan mulia,
Syurgaku bersamamu,
Sayang,
Berehatlah dalam ketenangan yang abadi,
Nantikan kedatangan kami di alam syurgawi.

Alkisah hari ini...

Pagi2 tadi rasa selesa je. Naik tulis nama, ambil barang dan terus ke bilik pemulihan. Rupa2nya PPT belum selesai.

Patah balik ke pejabat. Terus ke kantin sementelah pula perut belum berisi. Ambil nasi goreng separuh, bihun goreng separuh. Lepas makan, kepala berpusing. 

Mula rasa nak muntah, nak pitam... Apahal pula ni? Pergi ke makmal komputer, isi borang. Harap2 boleh lega sebab menumpang aircond di situ. Tapi, makin menjadi2 pula pening dan sakit kepalanya.

Panjat tangga masuk bilik guru. Letak kepala atas meja beralaskan lengan. Tak kisah kat sapa dah. Terus lelap. Lelap lelap lelap. Terjaga bila kawan tepuk belakang, nak pinjam stapler. Dia pun mungkin tak sangka yang saya tengah nyenyak.

Drive kereta pun rasa macam jejak tak jejak. Sampai di rumah terus terguling. Kesian adik, kejut ma masa azan dah berkumandang. Tak solat Jumaatlah adik.

Dah telan ubat pening. Mudah2an beransur lega.

Takdir itu pasti.

Perjalanan hidup ini telah diaturkan. Siapalah kita untuk membantah keputusan yang telah ALLAH tetapkan. Jangan kata kita bekerja, kita tidak mampu menjaga amanah ALLAH dengan baik. Jangan kata kita tak bekerja, kita hebat melaksanakan amanah ALLAH dengan sempurna.

Di mana pun letaknya diri kita, percayalah. Kita akan lakukan yang terbaik buat insan yang diamanahkan ke atas kita.

Jangan takbur dengan kehebatan sedikit yang ALLAH kurniakan. Sakit pening itu juga tanda ALLAH mengasihi kita. Jaga pemakanan, jaga kesihatan namun kalau ALLAH nak datangkan ujian kesakitan, kita tidak mampu menolaknya. Berikhtiar dan berdoa. Semoga dengan asbab ikhtiar dan doa itu, ALLAH datangkan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan.

Saya sendiri bekerja. Namun apabila buah hati saya sakit, saya pilih untuk berbakti kepada keluarga. Sedetik pun saya tidak tinggalkan buah hati saya. Itulah nyawa saya, itulah syurga saya. Malahan, saya sudah bersedia untuk mengambil cuti sama ada separuh gaji atau tanpa gaji. Demi yang tersayang, tiada yang mustahil.

Saya juga berbisik kepada arwah, setelah arwah sihat, kami nak ambil cuti panjang dan rehat bersama2. Kami nak isi masa2 yang tersisa dengan lebih berkualiti. Arwah hanya mengangguk tanda setuju.  Dalam setiap doa, sempat juga saya bisikkan, "Ya ALLAH, kami masih sedang asyik bercinta. Jangan dipisahkan kami dan diputuskan cinta ini."

Namun perancangan ALLAH adalah yang terbaik. Akhirnya, kami mengikut perancangan ALLAH. Semoga ALLAH hadirkan bahagia dalam hidup yang sementara ini buat kami sekeluarga bertemankan pelukan kasih sayang arwah yang telah pergi dahulu menunggu kami di sana.

#rindu

Khamis, 19 Mei 2016

Jiwa-jiwa yang sakit.

Berpeluang bertemu dengan seorang rakan. Katanya, dia mengikuti perkembangan saya walaupun tak pernah komen. Dan sudah lama dia berhasrat untuk bertemu dan berbual. Bisiknya, ada orang yang cemburu/dengki dengan kemewahan keluarga saya.

Cemburu? Dengki? Mewah? Saya tidak tahu bagaimana 'orang' itu mengukur kemewahan kami. Kenderaan? Kami cuma guna kereta yang sama sejak dulu. Tak ada bertukar ganti kereta mewah. Barang kemas? Cincin pun saya tak pakai. Bukan kerana masih dalam edah tapi sejak balik dari Tanah Suci, memang keinginan ke arah itu sudah tiada. Bercuti ke luar negara? Hmmm...dapat keluar dari negeri Perak pun sudah cukup bagus untuk kami pergi bercuti.

Pakai barangan berjenama? Handbag saya tak ada yang melebihi RM100. Kasut pun sama. Jadi, di mana mewahnya? Cuma satu yang saya ingat, saya tak perlu beli barang original. Beli barang klon pun orang tetap kata original. Dan sebab itu saya lebih suka beli barang tak ada jenama berbanding beli barang klon. Jadinya, handbag dan kasut saya memang bukan berjenama mewah. Mungkin langsung tak ada jenama.

Kenapa perlu nak cemburu dengan saya? Tak ada apa2 keistimewaan saya untuk saya tunjukkan dan megah2kan. Malahan saya hanya sengih apabila ada yang kata, "Alah, berapa sen sangatlah gaji cikgu." Haah. Memang betul tu. Gaji cikgu tak banyak. Kalau nak kaya, jangan jadi cikgu.

Sungguh, saya hanya manusia biasa. Saya hanya guru kecil yang tak punya apa2 pangkat. Tolonglah jangan dicemburui sesuatu yang kamu tidak nampak. Saya tak ada apa2. Doakanlah agar suatu hari nanti saya bisa punya 'apa2'. Waktu itu, mungkin barulah ada logik kalau kamu mahu cemburu atau dengki.