Sudah lama tidak berjimba di sini. Kali akhir 10 Disember 2014. Hambatan kerja, kekangan masa memungkirkan aku untuk ke mari.
Buku pertama bersama 50 orang penulis sudah ada di pasaran namun aku belum berpeluang memeluknya lagi.
Semalam ku bermimpi, karyaku yang teruk sekali. Malunya malunya...tapi ramai orang dah baca karya itu. Cemburunya lihat penulis lain yang sudah memiliki naskhah ini.
Sabarlah duhai hati. Insya Allah, minggu depan naskhah ini akan berada dalam pelukanku.