Seorang isteri itu
Tanggungjawabnya amat berat
Tidak semudah menamakan dan menentukan nilai nombor
Juga tidak semudah membilang dalam lingkungan sepuluh ribu
secara
Seribu-seribu
Seratus-seratus
Sepuluh-sepuluh
Satu-satu
Dua-dua
Tiga-tiga
Ataupun Sembilan-sembilan
Sama ada secara menaik
Mahupun menurun
Tanggungjawab isteri itu
Adalah amanah Allah yang
perlu dipikul
Tanpa rungutan dan paksaan
Kerana tugas seorang isteri
Bukanlah semudah mencerakinkan nombor-nombor
Sama ada dalam sebutan
Ribu
Ratus
Puluh
Dan sa
Isteri yang bijak
Mampu melengkapi hidup berkeluarga yang sempurna
Meskipun tidak semudah melengkapkan rangkaian nombor
Secara
Seribu-seribu
Seratus-seratus
Sepuluh-sepuluh
Mahupun satu-satu
Namun dia tetap berusaha
Dengan pelbagai cara
Demi cita-cita nan suci
Menjadi isteri solehah
Di dunia dan
Di akhirat nanti
Kerana gelaran isteri itu adalah anugerah yang terindah
~Tunggu pesanan buat isteri versi linus pulak~